“Walaupun tudung singkat, seluar ketat, tak bermakna aku takde ilmu agama.” – Gadis minta netizen fahami istiqamah itu bukanlah sesuatu yang mudah

Ramai orang yang mahu berubah, dari keburukan kearah kebaikan, dari sikap negatif kearah positif dan sebagainya. Namun untuk melakukan perubahan bukanlah mudah, ia memerlukan masa dan waktu yang sesuai untuk dilaksanakan.

Seorang pengguna Twitter baru-baru ini meluahkan perasaan beliau mengenai kepayahan untuk beristiqamah apabila melakukan sesuatu perubahan dalam hidup.

Menurut Syamila Arif, walaupun penampilan beliau tidak mematuhi syariat dalam Islam, namun tidak semestinya beliau tidak mempunyai ilmu pengetahuan agama yang luas. Cuma mungkin atas sebab-sebab tertentu yang membuatkan seseorang tidak mengamalkan sikap tersebut.

Tambah beliau, setiap manusia sama ada baik atau jahat, alim atau jahil pastinya jauh disudut mereka ingin berubah menjadi seseorang yang lebih baik. Namun masalahnya, untuk mengekalkan istiqamah bukanlah sesuatu yang senang kerana ia perlu melawan hawa nafsu kita sendiri.

Tweet tersebut mendapat sokongan beberapa netizen yang rata-rata bersetuju mengenai status yang dimuat naik oleh gadis berkenaan di laman Twitter beliau.

Namun tak kurang juga ada netizen yang mengecam tindakan beliau itu adalah salah kerana jika seseorang mempunyai pengetahuan ilmu agama, penampilan mereka perlu selaras dengan ilmu tersebut.

Sumber : Syamila Arif