Video Kambing ‘Lalok’ ketagih rokok.. Tapi bukan hisap…Ko dah kenapa kambing!!

Seekor kambing yang ketagih nikotin ini lebih suka makan rokok dan tembakau daripada makan rumput.

Seekor kambing di Kota Mandya, bahagian Karnataka,India selatan sering dilihat berkeliaran di luar kedai teh dan pasar di mana dia berharap mendapat bekalan rokok dari orang sekeliling.

Haiwan itu sangat menyukai rokok sehingga sering memakan tembakau daripada makan rumput dan sayuran lainnya.

Meskipun lebih meminati rokok, kambing ini juga akan mengunyah ‘canedis’ yang terdiri dari tembakau yang tidak diproses yang dibungkus daun, dan mengunyah tembakau itu.

Yashwant, pemilik haiwan tersebut, mengatakan bahawa haiwan tersebut pertama kali mulai makan rokok ketika dia membawa haiwan itu di padang ragut

“Bahkan selalu dilihat, dia menjilati bekas tembakau dari bekas kunyahan orang,” kata Yashwant kepada Newsflare. “Dia semakin ketagih dan sekarang lebih menyukai rokok daripada rumput.”

Petani setempat dikatakan menggunakan dos kecil tembakau untuk menyingkirkan parasit dan cacing usus di dalam perut haiwan.

Jika haiwan jatuh sakit, mereka diberi tembakau dalam jumlah banyak, kata petani.