Tahniah! Mila Jirin Kini Bergelar Jutawan

Penangan AF Megastar, pelbagai cerita menarik telah dikongsi oleh bekas bintang – bintang realiti TV ini. Terbaru, juara Akademi Fantasia Mila Jirin mengaku bahawa dirinya kini adalah seorang jutawan.

 

Bagi Mila usaha nya sebelum ini membuahkan hasil dan untuk memiliki apa yang diperolehi sekarang bukanlah datang begitu sahaja.

“Alhamdulillah ini adalah berkat kerja keras saya dalam bidang perniagaan”

Bizmilla, jenama yang diperkenal oleh Mila yang menawarkan perniagaan pakej perkahwinan kini begitu popular di Lembah Klang.

Tambah Mila ketika ditanya mengenai persiapan beliau kembali ke pentas, beliau kini sedang giat berlatih vokal untuk bersaing dengan lagi 23 peserta AF Megastar yang akan bermula pada awal bulan hadapan.

Sumber dari Hangat.com