Sharifah Sakinah Mengaku Rosakkan Rakaman Pertunangan Elfira

Tahniah kami ucapkan buat pelakon Elfira Loy yang kini menjadi tunang kepada penyanyi Suffian Suhaimi. Kedua – duanya selamat mengikat tali pertunangan pada Jumaat yang lalu.

Suffian & Elfira Nikah Pada Mac 2018

Pertemuan daripada menjadi sahabat dan kemudiannya menjalinkan hubungan yang lebih rapat, Suffian dan Elfira dikatakan bakal bernikah pada Mac tahun hadapan. Majlis pertunangan yang dihadiri lebih dari 100 orang tetamu ini cukup meriah dengan kehadiran keluarga dan rakan – rakan artis.

Sharifah Sakinah rosakkan rakaman pertunangan Elfira

Antara artis yang kelihatan pada majlis pertunangan Elfira dan Suffian adalah Bella Daily,Sherry Al-Hadad, Dafi dan Sharifah Sakinah.

Di sebalik kemeriahan majlis pertunangan kedua – dua selebriti ini, terdapat cerita lain pada hari tersebut apabila Sharifah Sakinah dikatakan telah ‘merosakkan’ rakaman sebuah portal hiburan yang sedang membuat liputan.

“Dah lah tak pakai baju kurung.Suka buat hal…”

Akui Sharifah Sakinah. Namun aksi beliau pada rakaman tersebut hanyalah gurauan semata – mata kerana beliau sememangnya dikenali sebagai seorang yang kelakar dan suka menghiburkan orang dengan keletahnya yang spontan.

Sejak minggu lalu,tular di media sosial mengenai drama lakonan beliau, ‘Girlfriend Aku Dari Neraka’ yang sememangnya menghiburkan hati.

Sumber Instagram Sharifah Sakinah via hangat.com