Mengejutkan!!!! 4 Pelakon Lelaki Popular Ini Dikaitkan Dengan Isu Hamilkan Bekas Kekasih

Masih ingat dengan artikel kami mengenai pelakon lelaki popular yang dikatakan telah hamilkan bekas kekasihnya sehingga melahirkan anak luar nikah. Malah pelakon tersebut juga dikatakan mengambil sikap tidak bertanggungjawab dengan tidak mengaku dengan kejadian tersebut dan mengambil keputusan untuk mengabaikannya.

Raja Afiq Terkena Tempias

Mengulas lebih lanjut mengenai hal tersebut, beberapa pelakon lelaki popular turut dikaiktkan dengan isu ini seperti Idris Khan dan Raja Afiq.

Sebelum ini, kami di Hangat.com pernah menyiarkan ulasan dari Idris yang menafikan dakwaan tersebut dan kini Raja Afiq turut menafikannya.

“Saya tidak pernah dengar pun gosip ini. Saya juga tidak tahu netizen mengesyaki saya pelakon yang dimaksudkan dalam gosip berkenaan. Saya tidak faham apa yang menyebabkan mereka membuat dakwaan seperti itu. Rasanya saya tidak perlu ambil tahu kerana tiada kaitan dengan saya pun”

Syafiq Kyle Dan Aedy Ashraf

Dalam carian Hangat.com, netizen turut mengaitkan pelakon Syafiq Kyle dan Aedy Ashraf antara lelaki yang dikatakan tersebut.

Kami tidak pasti mengapakah netizen berkata demikian. Mungkin berdasarkan petunjuk yang diberi membuatkan mereka membuat andaian sedemikian.

Yang pasti, kami di Hangat.com akan cuba dapatkan jawapan daripada Syafiq Kyle pula selepas ini.

Sumber: hangat.com