Khunsa Lahirkan Anak Kembar Selepas Menghamili Diri Sendiri?

Khunsa adalah sejenis kecacatan genetik di mana seseorang itu memiliki dua alat kelamin. Walaupun demikian, biasanya salah satu alat kelamin sama ada jantan atau betina yang dimiliki tidak sempurna. Terdapat juga kes di mana kedua-dua alat kelamin tidak sempurna.

Tetapi bagi Jose Maria Garcia 19 tahun khunsa dari Filipina, pembentukan kedua-dua organ seks jantan dan betinanya sangat sempurna. Dia bukan saja memiliki saluran faraj dan rahim sama seperti wanita normal, malah memiliki alat kelamin jantan yang sempurna iaitu zakar dan testikel.

Kedua-dua alat kelaminnya menghasilkan ovum (telur wanita) dan sperma (dari testikel). Lebih mengejutkan dia telah mengandung dan berjaya melahirkan anak kembar (kedua-duanya khunsa) yang kononnya terhasil daripada persenyawaan dirinya sendiri.

Maknanya dialah ayah dan dialah ibu kepada kedua-dua anak kembar khunsanya. Bayi kembar ini dilahirkan di Hospital Beranak Amisola.

Jose Maria tidak menyangka yang dia mampu mengandung hasil ‘hubungan kelamin’ dengan diri sendiri.

“Saya tidak pernah berasmara dengan mana-mana lelaki. Saya tidak tahu pun yang saya mampu menghamili diri sendiri. Walaupun begitu, cukuplah setakat ini saja. Anak-anak ini sangat cantik dan saya mahu berkongsi hidup dengan mereka,” ujarnya.

Tetapi persoalannya kalau benar dia menghamilkan diri sendiri, bagaimana prosesnya berlaku? Bagaimana alat kelamin lelaki dan wanitanya ‘bersatu’ sehingga membolehkan sperma ‘dialirkan’ ke dalam rahimnya?

Menurut Dr. Akira Hashimoto, ketidaknormalan kromosom ini sangat jarang terjadi. Dan kebanyakan pakar tidak percaya kehamilan seperti ini boleh berlaku, walaupun terdapat pembenihan seperti ini pernah dilaporkan dalam sejarah perubatan.

Kejadian pertama seperti ini direkodkan berlaku di Sepanyol pada tahun 1483. Juanita Franciscella atau dikenali sebagai “Wanita Berjanggut Castilla” mendakwa telah menghamili diri sendiri lalu melahirkan anak. Walau bagaimanapun, dia dianggap sesat oleh Pasitan Sepanyol. Akibatnya dia dan bayinya dibakar hidup-hidup.

Jadi apa pendapat kamu dalam hal ini? Percaya atau tidak?

Sumber:pakbelalang