KEMALUAN KUCING BUNTING BERDARAH TANPA HENTI DIPERCAYAI DIROGOL LELAKI MISTERI . .

Anda pasti tidak percaya dengan apa yang anda akan baca.”

Seekor kucing yang bunting dipercayai dirogol selepas kemaluannya berdarah. Kejadian tersebut berlaku di Riau, Indonesia seperti yang dilaporkan Mynewshub.

Menurut Drs Syafril, pemilik kucing itu, beliau berada di sekolah ketika menerima panggilan daripada anaknya untuk memaklumkan tentang insiden tersebut.

Syafril yang bekerja sebagai seorang guru di SMP Negeri Tembilahan sangat terkejut mendengar berita tentang kucingnya yang dinamakan Putih itu, dilihat tercedera di bahagian kemaluan dan dalam keadaan yang sangat lemah.

Putih kelihatan tidak bermaya dan kemaluannya itu mengalami pendarahan yang sangat teruk! Menurut Syafril, selepas melihat keadaan kucingnya seperti itu, beliau segera membawa Putih ke klinik haiwan di Desa Tembilahan untuk mendapatkan rawatan.

Selepas pemeriksaan dijalankan oleh doktor, Syafril dimaklumkan bahawa Putih berkemungkinan besar dirogol oleh seseorang. Apa masalah lelaki tu!

Doktor juga memberitahu bahawa terdapat objek tumpul dimasukkan ke dalam kemaluan kucing berkenaan yang menyebabkan pendarahan dalaman yang sangat teruk. Lebih menyedihkan lagi apabila doktor terpaksa menggugurkan kandungan Putih bagi menghentikan pendarahan itu. Ala, kesiannya dia.

Berdasarkan maklumat yang diterimanya daripada kanak-kanak di kawasan kejiranan, seorang lelaki tidak dikenali dilihat mencium dan memegang Putih sebelum membawa kucing malang itu ke lorong belakang rumah.

Lelaki berkenaan dipercayai melakukan perbuatan tersebut ketika di bawah pengaruh alkohol. Sampai macam tu sekali keeee?!

Walau bagaimanapun, Putih dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan semakin sembuh. Alhamdulillah….

Sumber : Lobakmerah