“Kau Teruskan Je La Dengan Hidup Fake Acah Kaya Tumpang Glamour Mak Tiri Kau”- Kali ini Zarina Anjoulie Serang Anak Tiri Siti Nurhaliza Pula

“Kau Teruskan Je La Dengan Hidup Fake Acah Kaya Tumpang Glamour Mak Tiri Kau…” – Zarina Anjoulie Serang Anak Tiri Siti Nurhaliza

Bekas pelakon k0ntroversi, Zarina Anjoulie kini ‘berper4ng’ pula dengan anak tiri Dato’ Sri Siti Nurhaliza di Instagramnya. Terbaru, Zarina memuat naik entri di Instagramnya yang menunjukkan kemarahan kepada Muhammad Aazief Dato’ Sri Khalid.

“Report video aku terus? Y cuz u know what I said was the truth n u can’t handle it??? Benda senang je bro.

“Kau teruskan je la dgn hidup fake acah kaya tumpang glamour Mak tiri kau n jgn kacau org… just be that rich loser kid that ur supposed to be,” tulis entri tersebut dan kemudiannya di tag pada instagram Aazief.

Perg4duhan mungkin berpunca daripada k0men Aazief di Twitternya. Aazief meninggalkan k0men pada satu video Zarina yang dimuat naik ke twitter.

“She does not seem like someone with a healthy mind. “I’m not even talking smack okay, she legitimately does not seem healthy. Friends or family should probably check up on her,” tulis Aazief di akaun Twitternya.

Setakat ini tidak tahu sejauh mana ‘per4ng’ antara kedua-duanya berlaku tetapi Aazief belum mengulas atau membuat sebarang k0men tentang mesej yang dimuat naik Zarina ke Instagramnya.

Terdahulu Pesanan Padu Zarina AnJoulie Pada Mak Mertua & Lelaki Di Luar Sana…

Sebut sahaja nama Zarina Anjoulie pasti ramai yang kenal, walaupun sudah tidak aktif dalam bidang lakonan beliau masih lagi mempunyai peminat. Zarina sememangnya seorang yang lantang bersuara dan sering memberikan pendapatnya mengenai isu semasa. Terbaru sekali isu mengenai Mak mertua yang memilih dan berkira dalam soal memilih isteri atau menantu.

Pendapat dan pandangan beliau memang berkonsep terbuka dengan gaya penyampaian santai melalui laman sosial.

Berikut antara pesanan padu dari laman Instagram beliau:

Satu perkara yang korang perlu tahu, terutamanya mak mak mertua dan lelaki di luar sana.. Sedar diri.

Mak mertua selalu sibuk mempertikaikan menantu.. 

Diorang nak perempuan yang solat.. Diorang nak perempuan yang baik.. Diorang nak perempuan yang bertudung litup… Dengar cakap suami.. Semua yang paling terbaik lah kalau nak..

.

Lelaki pulak banyak demand nak perempuan, macam-macam.. Cantik, lemah lembut, dengar cakap, pandai masak, tutup aurat..

Tapi saya nak tanya satu perkara..

“Kau punya ASB penuh ke.. ?
Kau solat penuh 5 waktu ke.?
Kau ngaji Alquran khatam ke..?

Kau gaji lebih RM5000 ke?
Ke gaji aku lebih banyak? Nanti kau sengkek aku yang kena tanggung…?
Kau hutang bank banyak lagi ke.?

So kepada lelaki lelaki di luar sana, termasuk mak mak mertua,
JANGAN NAK DEMAND SANGAT,
CHECK YOUR SON FIRST!

Lihat anak lelaki anda.
Lelaki pun sama, nak demand perempuan nak yang macam tu, macam ni..

CHECK YOUR SELF FIRST!”

Zarina kelihatan bersahaja saat mengeluarkan pendapat tersebut.

Jika dilihat Kata-Kata beliau agak pedass namun ada benarnya. Ini kerana, banyak kes melibatkan suami ambil lewa hal ibadah anak isteri, nafkah zahir batin & tanggungjawab sebagai keluarga.

Dengan pembangunan teknologi zaman kini, para suami lebih sibuk dengan bermain HP, meluangkan masa bermain game & melepak dengan rakan-rakan.

Lelaki tiada masa ke surau, tapi ada masa main game

Padahal jika dilihat, tanggungjawab utama lelaki dalam perkahwinan selain dari memberi nafkah, mereka perlu memberi ilmu agama kepada kaum keluarga.

Jika mereka bukan lah orang yang tinggi ilmu agamanya, mereka haruslah meluangkan masa mendengar ceramah atau menuntut ilmu di surau atau masjid berdekatan.  Kemudian, mereka sepatutnya menggunakan ilmu tersebut untuk mendidik isteri.

Pesanan Ustaz Don Daniyal kepada lelaki sebagai ‘Ketua Keluarga’. 

“Sewaktu kecil, Ayah akan pergi ke masjid waktu Maghrib. Selesai solat, beliau akan mendengar ceramah ilmu Agama sambil mencatit nota menggunakan buku 555 dengan penuh tekun. 

Selesai solat Isyak, ayah akan pulang ke rumah. Ibu menyambut ayah pulang, dan mengidangkan secangkir air kopi pannas. Anak-anak akan duduk diriba ayah, sambil ayah membuka nota 555 di dalam kocek baju Melayu.

Dengan suara yang garau, ayah menyampaikan semula ceramah yang dia dengar tadi, sambil ibu setia mendengar disisi…”

Lelaki selesa Isteri Pandai cari duit

Berdasarkan komen2 peminat, segelintir lelaki menggunakan alasan  penat dan tiada masa dalam menuntut ilmu agama. Tetapi, mempunyai banyak masa untuk online di mesia sosial & bermain game.

Begitu juga dalam hal nafkah, sedangkan kewajiban suami/lelaki berusaha dalam menjana pendapatan keluarga.

Namun, segelintir rasa selesa kerana isteri berhempas pulas kerja di pejabat, tak cukup dengan itu isteri juga harus menyelesaikan kerja2 dirumah.

Apa pendapat anda?

Sumber : IG Zarina AnJoulie & celotehsaje.com

Kredit Gambar: Instagram & Twitter via gempak

Via:coklatputeh