Kerana Izreen Azminda, Peminat Mahu Boikot URTV?

Bercakap mengenai isu poligami sememangnya agak sensitif pada kaum wanita terutama bagi mereka yang sudah berkahwin. Baru sahaja reda ‘ribut’ kecaman netizen pada pelakon Izreen Azminda yang dikatakan sebagai ‘perampas’ kebahagiaan seorang isteri, nama Izreen sekali lagi menjadi sebutan.

Mahu Boikot!

Semuanya kerana pelakon itu telah dijadikan sebagai penghias kulit majalah URTV yang terkini bergandingan bersama Adira Suhaimi bagi tema ‘Naluri Isteri Kedua’ .

Rata-rata komen netizen mempersoalkan Izreen dipilih dan tidak kurang juga ada yang mengambil keputusan untuk tidak membeli majalah itu bagi isu tersebut.

Membanjiri Komen Kecaman

Hasil carian kami di Instagram rasmi URTV, pelbagai komen kecaman terus membanjiri ruangan komen majalah hiburan itu.

Boleh tahan juga ya penangan isi ini. Apa pun pada Izreen kami mendoakan anda bertabah dengan pelbagai kecaman yang diterima meskipun penjelasan telah pun diberi sebelum ini.

Sumber:hangat.com