HIDAP KANSER TAHAP 4, ELYANA BUAT PENGUMUMAN LIVE DI GV SEHINGGA SEMUA TERGAMAM!

Penyanyi yang popular dengan trademark ‘suka berkaki ayam’ di pentas itu telah membuat pengakuan di akhir konsert Gegar Vaganza sebentar tadi, kita telah dikejutkan dengan pengumuman oleh Elyana yang mengaku dirinya penghidap kanser tahap 4.

2 hari lepas Elyana telah memuat naik gambar “Set lengkap pengurusan jenazah”. Adakah ini hint yang hendak diberitahu oleh Elyana kepada peminatnya.

Khabar angin ini telah mula tersebar sejak tahun 2013, namun dinafikan oleh Elyana. Kisah yang berlaku dahulu telah mengejutkan semua peminat-peminatnya, khabarnya akibat penyakit yang dideritainya itu membuatkan Elyana pergi mengerjakan umrah pada tahun 2013 dan berdoa di depan Kaabah agar penyakitnya itu sembuh.

 

Hasil temuramah wartawan pada tahun 2013 itu, Elyana menjawab “Sakit kanser? Rasanya sekarang saya masih sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit kritikal. Kalau setakat demam itu memang ada, tetapi tidak pula mengalami penyakit kronik seperti kanser”

“Sebenarnya pemergian saya ke Mekah bersama suami merupakan undangan daripada pihak produksi rancangan Romantika yang akan disiarkan di Astro pada bulan Ramadan ini. Secara jujurnya saya agak terkejut dan ia undangan pada saat-saat akhir.”

“Sebelum ini rancangan tersebut menyiarkan pasangan selebriti yang bercuti di tempat percutian yang menarik, tetapi apabila tiba giliran saya mereka buat keputusan untuk membawa kami ke Mekah dan saya rasa sangat bertuah.”

Walaubagaimanapun, Admin ucapkan selamat berjuang melawan penyakit kanser tahap 4 yang dihidapi oleh Elyana. Semoga sembuh seperti sediakala dan terus menghiburkan para peminat.

Kata Semangat Elyana:-

Sumber: virality666