10 Selebriti Yang Dulu ‘Slim’ Kini Berubah Bentuk Badan Selepas Melahirkan Anak

Badan merupakan aset terpenting buat selebriti Hollywood. Dari bentuk badan yang menarik, menyebabkan mereka dengan mudah tampil seksi dan sempurna di dalam apa-apa pakaian, solekan dan gaya rambut yang dikenakan. Namun, bintang Hollywood ini tidak terlepas dari perubahan bentuk bandan akibat daripada melahirkan badan. Untuk memiliki badan yang sesuai adalah bukan suatu yang mudah. Berbeza dengan sesetengah artis Hollywood, mereka bukan sahaja berbangga malahan berani menunjukkan perubahan yang berlaku pada bentuk badan merka.

Kami di sini menampilkan 10 selebriti yang telah melalui banyak perubahan selepas mereka melahirkan anak. Kami ingin membuktikan bahawa walaupun bentuk badan selebriti telah berubah tetapi mereka masih cantik dan berbakat.

#1. Kim Kardashian

Ia kelihatan seperti Kim Kardashian selalu dikenali sebagai wanita yang mempunyai bentuk badan yang menarik. Namun, tubuhnya telah berubah adalah akibat dari mengandung dan melahirkan anaknya. Isteri rapper terkenal, Kanye West, cuba sedaya upaya untuk mengurangkan berat badan. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama beliau amat berbangga dengan bahagian-bahagian tubuhnya yang sekarang.

#2. Kate Middleton

Duchess of Cambridge sentiasa mempunyai badan yang cantik, tetapi selepas melahirkan anak pertamanya, dia mengalami perubahan pada badan. Walau bagaimanapun, Duchess masih menunjukkan rasa gembira: walaupun kelihatan sedikit perut buncit dan nampak sedikit letih.

#3. Beyoncé

Beyonce mengalami perubahan bentuk badan selepas melahirkan kembarnya pada tahun lalu.

#4. Liv Tyler

Selepas setiap kehamilan, dia mengambil banyak masa untuk kembali ke bentuk badan yang sesuai. Tetapi beliau tidak pernah menyembunyikan cabaran untuk menghilangkan berat badan dan sentiasa bahagia dan tersenyum.

#5. Jennifer Love Hewitt

Hari ini, Jennifer Love Hewitt jarang muncul di TV sejak dia menghabiskan hampir semua waktunya untuk anak-anak dan keluarganya. Walau bagaimanapun, melihat dari gambarnya, anda dapat melihat bahawa kehamilannya yang baru-baru ini telah memberi perubahan kepada bentuk badan pelakon tersebut. Tetapi kelihatan seperti Jennifer gembira dan tidak memberi perhatian kepada pandangan orang tentang bentuk badannya.

#6. Christina Aguilera

Beberapa tahun yang lalu, pengkritik telah mengulas mengenai berat badan Aguilera. Walau bagaimanapun, komen yang keras itu berlaku selepas Christina menjadi ibu dan tidak dapat kembali ke tubuhnya yang langsing dalam masa yang singkat. Kami yakin bahawa banyak wanita yang melahirkan seorang anak sekurang-kurangnya memahami bagaimana sukar untuk mengurangkan berat badan.

#7. Jessica Simpson

Tubuh Jessica mempunyai kecenderungan semula jadi menjadi lebih berat dan kehamilannya dan melahirkan anak menyebabkan beliau dengan mudah menambah berat badan. Badan beliau meningkat hampir 50 lb. Walau bagaimanapun, beberapa bulan selepas melahirkan anak, beliau bukannya mengurangkan berat badan, malahan beliau telah hamil lagi.

#8. Kelly Clarkson

Penyanyi Amerika ini menjadi terkenal selepas pertunjukan TV American Idol dan untuk mengekalkan berat badan merupakan suatu yang sukar untuknya. Hari ini, selepas melahirkan 2 orang anak, Kelly telah memutuskan bahawa dia akan menghargai dirinya tanpa mengira apa bentuk badannya.

#9. Emily Deschanel

Emily Deschanel menjadi terkenal kerana peranannya dalam siri TV Bones yang telah disiarkan selama 12 tahun. Semasa musim pertama, kami melihat Dr. Temperance “Bones” Brennan sebagai wanita yang sangat fit, tetapi menjelang akhir musim siri “Bones” tersebut, dia telah menunjukkan perubahan berat badan. Seperti yang ternyata, perubahan itu disebabkan oleh kehamilannya. Bagaimanapun, beberapa tahun selepas melahirkan anak, dia tidak mahu kembali ke tubuh asalnya.

#10. Serena Williams

Pemain tenis terkenal di dunia Serena Williams telah melahirkan anak pertamanya beberapa bulan yang lalu. Sehingga bulan-bulan terakhir kehamilannya, dia berjaya mengambil bahagian dalam pertandingan. Walau bagaimanapun, banyak gambar dari acara rasmi menunjukkan bahawa dia tidak dapat kembali ke bentuk badan asal. Serena tidak mahu menyembunyikan tubuhnya dengan berpakaian longgar.

Sumber:taikotai